Disney masih aktif dalam mengolah semula filem animasi klasik mereka menjadi filem aksi nyata. Filem terbaru yang bakal ditayangkan adalah Snow White lakonan Rachel Zeqler (West Side Story, Shazam 2). Filem ini dikatakan akan mempunyai jalan cerita baharu berbanding kisah asal Snow White.
Baru-baru ini imej pertama filem telah diperlihatkan;
Zegler akan menjadi Snow White, Gal Gadot pula adalah The Evil Queen, Ansu Kabia menjadi Hunstman dan Andrew Burnap menjadi watak baharu iaitu Jonathan. Ketujuh-tujuh watak orang kerdil turut telah diolah semula dan kelihatan agak aneh dan mengerikan.
Filem ini dikatakan tidak akan memfokuskan kepada elemen romantik tetapi lebih kepada Snow White menjadi seorang ketua seperti yang bapa dia mahukan. Skrip filem ini ditulis oleh penulis dan pengarah filem Barbie iaitu Greta Gerwig dan diarahkan oleh pengarah The Amazing Spider-Man iaitu Marc Webb.
Snow White sepatutnya ditayangkan pada 22 Mac 2024, tetapi kini telah ditunda kepada 21 Mac 2025. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini.