Matthew Perry, iaitu pelakon yang memainkan watak Chandler Bing dalam sitkom popular F.R.I.E.N.D.S telah meninggal dunia semalam pada usia 54 tahun.
Perry meninggalkan dunia secara berseorang di dalam tab panas di kediaman beliau. Beliau juga adalah pelakon utama Friends yang pertama meninggal dunia.

Beliau berlakon sebagai Chandler Bing untuk 10 musim bermula dari tahun 1994 sehingga 2004. Selain sitkom, beliau turut pernah berlakon bersama Zac Efron dalam filem 17 Again. Dua tahun lepas, Perry kembali bersama rakan-rakan pelakon Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer untuk Friends: Reunion.
Sumber – The Straits Time