Filem Child’s Play dicipta oleh Don Mancini dan ditayangkan pada tahun 1988. Anak patung Good Guy ini telah dirasuk oleh roh pembunuh bersiri Charles Lee Ray/Chucky lakonan Brad Dourif dengan menggunakan jampi. Sehingga hari ini sudah ada lapan filem termasuk filem olahan semula pada tahun 2019, di mana Mark Hamil menjadi suara Chucky.

Kisah Chucky kini diteruskan dengan siri TV yang turut melibatkan Mancini. Kini ia sudah mempunyai tiga musim dan mungkin akan menjadi kisah terakhir bagi anak patung pembunuh ini. Mancini mengacah yang Chucky turut berpotensi akan bersemuka dengan M3GAN kerana ia tidak mustahil memandangkan hak cipta Child’s Play dan M3GAN dipegang oleh NBCUniversal.

Musim ketiga siri TV Chucky memperlihatkan kuasa jampi asal semakin berkurangan dan Chucky mula menjadi semakin tua. Menurut Mancini, beliau juga sedar dan harus memberi kesedaran sama kepada Chucky yang sekarang sudah pesaing seperti Annabelle dan M3GAN yang juga merupakan anak patung membunuh.
Sumber – Variety