Cloud Imperium Games, pembangun disebalik permainan komputer yang paling mahal dibiayasama, Star Citizen baru-baru ini telah mengadakan acara CitizenCon untuk memperlihatkan kemaskini kepada permainan tersebut.

Di acara tersebut, sebuah video 24 minit telah ditunjukkan, yang memperlihatkan kemaskini kepada enjin grafik khas Star Engine yang merupakan sebuah enjin grafik yang diubahsuai menggunakan enjin grafik CryEngine oleh Crytek, pembangun Crysis.

Melalui video ini, selain daripada kualiti olahan grafik pada resolusi 4K dengan tetapan grafik yang tinggi, ia juga memperlihatkan bagaimana CIG menunaikan janji untuk mengolah sebuah permainan yang tidak mempunyai sebarang skrin pemuat dan semua aktiviti yang berlaku dalam permainan berlaku dalam masa nyata.

Video demo ini juga menunjukkan bagaimana para pemain memasuki atmosfera sesebuah planet, dan membangunkan tamadun-tamadun tersendiri, bagaimana sebuah kapal dilihat dari luar dan dalam, dan juga pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui didalam permainan ini.

Dengan video ini, Star Citizen sudah memasuki ujian alpha “4.0”. Setakat ini, sebahagian daripada permainan ini sudahpun boleh mula dimainkan, tetapi setakat ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah permainan ini akan boleh dimainkan.

Sohor Kini