Netflix baru-baru ini telah berkongsi treler baharu bagi rancangan realiti berasaskan K-Drama popular Squid Game iaitu Squid Game: The Challenger. Ia melibatkan 456 peserta dari seluruh dunia untuk merebut hadiah bernilai $4,560,000 iaitu sekitar RM21,812,760.
Treler ini memperlihatkan permainan lebih kurang sama dengan K-Drama, dengan beberapa penambahan permainan asli baharu. Setiap peserta turut berpeluang menyingkirkan antara sama sendiri dan bertanding dalam permainan yang cukup mencemaskan.
Berdasarkan treler, kualiti produksi kelihatan lebih kurang sama dengan versi drama dengan permainan Lampu Merah Lampu Hijau yang mempunyai kesan tembakan, berjalan di atas kaca sehingga terjatuh dan banyak lagi. Squid Game: The Challenge pasti akan menarik perhatian peminat Squid Game. Ia akan tiba ke Netflix pada 22 November akan datang.