Filem olahan semula Spawn sudah lama dalam pembangunan. Pencipta asal iaitu Todd McFarlane akan terlibat dengan projek ini bersama-sama dengan Blumhouse. Filem ini disasarkan untuk menjadi ganas dan ngeri seakan gabungan The Boys dengan filem seram klasik.

Jason Blum baru-baru ini menyatakan yang Spawn akan menjadi filem adiwira pertama dalam mesta adiwira Blumhouse. Membawa kepakaran mereka dalam genre seram, filem ini turut dikatakan mempunyai banyak elemen seram dan akan mempunyai pengalaman menonton yang segar untuk genre adiwira.

Perancangan awal filem ini adalah Jamie Foxx sebagai Al Simmons/Spawn, sementara rakan detektif dia Twitch adalah Jeremy Renner. McFarlane turut pernah memberitahu jika filem ini berjaya, mesta Spawn turut boleh dikembangkan kepada siri TV.

Sohor Kini