11 tahun lepas, Hollywood hadir dengan filem battle royale mereka yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Suzanne Collins iaitu The Hunger Games. Terdapat tiga filem dengan yang keempat The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes merupakan sekuel yang akan tiba November nanti.
Sementara menantikan prekuel ditayangkan, Encore Films akan menayangkan semula kembali filem The Hunger Games bermula 26 Oktober ini. Tayangan adalah terhad di 14 lokasi TGV, GSC dan 10 Star.

Jika anda sudah lupa filem apakah The Hunger Games, berikut merupakan sinopsis filem ini;
Katniss Everdeen merelakan diri menggantikan adik dia dalam pertempuran royal Hunger Games. Permainan ini adalah survival di mana peserta terakhir yang masih hidup akan menang. Setiap aksi akan disiarkan kepada penduduk Panem dan masing-masing yang masih remaja terpaksa membunuh antara satu sama lain demi merebut takhta di Panem.


