Scott Pilgrim adalah novel grafik yang dicipta oleh Bryan Lee O’Malley dan telah diadaptasi menjadi filem pada tahun 2010 – Scott Pilgrim vs. the World. Terbaru, komik ini telah diadaptasi menjadi siri anime di Netflix dengan pelakon-pelakon yang sama.
Baru-baru ini treler penuh Scott Pilgrim Takes Off dipertontonkan dan ia memperlihatkan aksi menarik yang melucukan.
Seperti dalam novel grafik dan filem, Scott ingin bersama dengan Ramona tetapi perlu menewaskan tujuh bekas kekasih wanita idaman dia yang kejam. Anime ini turut mempunyai rekaan yang menarik, runut bunyi klasik yang dikenali serta memberi vibe seakan dalam filem tetapi di luar imaginasi kerana dalam bentuk animasi apa sahaja boleh berlaku.




Siri anime ini dibintangi oleh Michael Cera sebagai Scott, Mary Elizabeth Winstead sebagai Ramona, Satya Bhabha (Matthew Patel), Kieran Culkin (Wallace Wells), Chris Evans (Lucas Lee), Anna Kendrick (Stacey Pilgrim), Brie Larson (Envy Adams), Alison Pill (Kim Pine), Aubrey Plaza (Julie Powers), Brandon Routh (Todd Ingram), Jason Schwartzman (Gideon Graves), Johnny Simmons (Young Neil), Mark Webber (Stephen Stills), Mae Whitman (Roxie Richter) dan Ellen Wong (Knives Chau).
Siri ini dihasilkan oleh Bryan Lee O’Malley, BenDavid Grabinski dan juga Edgar Wright. Ia akan tiba di Netflix pada 17 November ini dengan lapan episod.