Skip to main content

Sempena menyambut ulang tahun Disney100, iaitu ulang tahun ke-100 Disney – mereka telah bekerjasama dengan TikTok untuk menawarkan kandungan eksklusif. Kandungan ini akan ditawarkan melalui aplikasi TikTok dan Disney akan mempunyai ruangan khas untuknya.

@tiktoknewsroom

In honor of @Disney’s 100th anniversary, we’re launching the Disney100 Hub on October 16! It’s a first-of-its-kind destination for Disney fans on TikTok, offering a unique interactive experience where stories, magic and memories come together. ✨ Learn more about the Hub and our latest exciting partnership via the link in our bio!

♬ original sound – TikTok Newsroom

Melalui TikTok, pengguna boleh menonton kandungan video dari pelbagai jenama Disney seperti Star Wars, Pixar, Marvel, National Geographic dan lebih 40 akaun lain. Pengguna turut boleh mencipta kandungan sendiri menggunakan senarai main muzik “Cinderella”, “The Lion King”, “Toy Story,” “High School Musical” atau juga filem animasi akan datang “Wish.”

TikTok turut akan menyediakan penuras istimewa bertemakan watak-watak Disney, permainan mini seperti trivia, mengumpul kad digital watak-watak Disney dan banyak lagi. Pengguna yang mengikuti akaun-akaun Disney akan menerima notifikasi harian untuk berinteraksi dengan hab kandungan Disney ini.

Menurut TikTok, kandungan eksklusif Disney ini akan mula ditawarkan pada 16 Oktober di 24 negara terpilih. Sayang sekali, Malaysia tidak akan dapat menikmati kandungan istimewa ini.

Leave a Reply