A24 adalah syarikat produksi dan juga pengedar yang memfokuskan kepada filem-filem indie serta filem yang bergantung kepada perkembangan watak. Mereka turut terkenal dengan banyak filem seram, ngeri dan yang aneh yang studio besar lain tidak berani menghasilkannya.
Baru-baru ini, The Wrap melaporkan yang A24 telah mula berminat untuk terlibat dengan filem aksi yang jarang mereka lakukan. Selain turut ingin melibatkan diri dengan projek filem dengan judul hak cipta besar.

Studio ini turut akan membeli hak tayangan filem-filem drama berbanding menghasilkannya sendiri agar boleh fokus ke projek besar yang sesuai untuk dipasarkan ke semua golongan penonton. A24 sedia mempunyai beberapa filem yang menantikan tayangan di pawagam dan penggambaran yang akan diteruskan selepas mogok tamat sepenuhnya.