Tahukah anda, Snow White and the Seven Dwarfs adalah filem animasi pertama Disney yang ditayangkan pada tahun 1937? Filem inilah yang menjadikan frasa “Magic mirror, on the wall, who’s the fairest of them all?” popular dan digunakan semula dalam banyak filem moden.
Terbaru, Variety melaporkan yang Disney telah berjaya memulihkan semula filem animasi ini dalam format 4K menggunakan teknologi terkini. Sumber turut menyatakan yang Disney menggunakan negatif asal filem ini bagi menjayakan pemulihan kepada format 4K ini.
Filem ini mengisahkan seorang permaisuri yang cemburu terhadap anak tirinya iaitu puteri Snow White. Dia kemudian menghantar pemburu untuk membunuh, tetapi menyelamatkan puteri ini yang kemudiannya dilindungi oleh tujuh orang kerdil. Suatu hari, permaisuri ini menyamar menjadi nenek tua yang memberi epal beracun kepada Snow White.
Filem ini akan tiba dalam bentuk Blu-Ray yang akan dijual di pasaran Amerika sementara versi digital akan ditawarkan melalui Disney+ pada 16 Oktober akan datang. Kebiasaannya, mana-mana filem animasi Disney yang tiba ke Disney+ turut akan disiatkan di Disney+ Hotstar. Sama-sama kita nantikan.