Aquaman and the Lost Kingdom akan ditayangkan di pawagam pada 20 Disember nanti. Filem ini adalah sekuel kepada Aquaman yang ditayangkan pada 2018 dan akan memfokuskan pengembaraan antara Aquaman dan abang dia Orm.

Sementara menantikan ketibaan filem ini, DC telah melancarkan komik prekuel mengenai kisah sebelum The Lost Kingdom. Komik prekuel ini dikatakan akan mengacah plot keseluruhan filem. Muka depan komik ini menyertakan Aquaman, Orm dan juga Black Manta yang direka oleh @belen_ortega and @arifprianto.arf.

Pada masa yang sama, DC turut mengacah imej Jason Momoa baharu dengan kostum Stealth. Dijangkakan Aquaman akan memakai kostum ini ketika perlawanan bersama musuh di pertengahan plot sebelum kembali memakai kostum jingga ikonik di saat akhir flem.

Sohor Kini