Skip to main content

Mechamato adalah siri animasi prekuel kepada BoBoiBoy. Siri ini mengisahkan Amato iaitu bapa BoBoiBoy dan robot makhluk asing dia iaitu Mechabot. Kedua-dua ini menjadi adiwira di bandar fiksyen yang mengambil inspirasi bandaraya Melaka.

Siri ini turut menyertakan elemen-elemen tradisional Melayu, mempunyai komedi, watak menarik, aksi hebat, lakonan suara yang bagus dengan bahasa asing oleh pelakon suara ternama, dan juga kualiti produksi bertaraf antarabangsa.

Terbaru, Mechamato telah disertakan dalam Prime Video dan anda boleh menonton kedua-dua musim siri animasi tempatan oleh Monsta ini. Kedua-dua musim mempunyai 26 episod secara keseluruhan dan anda boleh melanggan Prime Video pada harga RM25 untuk sebulan.

TontonMechamato di Prime Video hari ini.

Leave a Reply