James Wan dan Jason Blum sekali lagi hadir dengan filem seram baharu selepas M3GAN dengan harapan mencipta dunia filem seram baharu. Filem ini adalah Night Swim yang ditulis dan diarahkan oleh Bryce McGuire. McGuire mengadaptasi filem ini berdasarkan filem pendek beliau dengan judul sama.

Treler pertama baru sahaja diterbitkan, anda boleh tonton di bawah;

Ray Waller (Wyatt Russell) adalah bekas pemain besbol yang terpaksa bersara awal kerana penyakit degeneratif. Suatu hari dia dan isteri Eve (Kerry Condon) bersama dengan anak Izzy (Amélie Hoeferle) dan Elliot (Gavin Warren) pindah ke rumah baharu.

Ray meyakinkan anak-anak dia kolam di belakang rumah akan menyeronokkan dan turut menjadi tempat terapi dia. Walau bagaimanapun, rumah ini menyimpan satu rahsia gelap yang mengerikan kerana seakan ada sesuatu misteri dan mistik hidup di dalam kolam ini yang mengancam nyawa Ray sekeluarga.

Filem ini akan ditayangkan pada 4 Januari 2024. Buat masa ini masih tidak pasti sama ada Night Swim akan berlaku dalam dunia sama M3GAN dan The Black Phone atau dunia tersendiri.

Sohor Kini