Mogok untuk para penulis skrip di Amerika Syarikat hampir tamat. Ini bermakna tidak lama lagi setiap penulis akan menerima bayaran gaji yang sepatutnya dan layanan yang adil dari pihak studio. Kita juga akhirnya akan dapat melihat lebih banyak projek filem dan siri TV meneruskan produksi.

Baru-baru ini, Netflix dilaporkan sedang merancang untuk meningkatkan harga langganan mereka pasca-mogok. Harga lebih tinggi ini dikatakan akan terkesan di peringkat global, tetapi perubahan akan berlaku kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Buat masa ini masih tidak pasti bila harga langganan akan dinaikkan dan berapa pula harga yang akan dikenakan kepada semua pengguna. Di Malaysia hanya ada empat pelan iaitu Mudah Alih, Asas, Stabndard dan Premium pada harga bermula RM17 dan mencapai ke RM55. Sementara slot ahli tambahan boleh dilanggan pada harga RM13 sebulan.

Sumber – Android Authority

Sohor Kini