Skip to main content

Jika anda meminati cerita penyiasatan jenayah dan juga Doctor Who ke-12 lakonan Peter Capaldi anda mungkin akan meminati siri TV Criminal Record yang akan tiba di Apple TV+ pada 12 Januari 2024 nanti,

Criminal Record merupakan sebuah drama yang memfokuskan kepada perkembangan watak dan berlaku di sekitar London pada masa kini. Kes jenayah ini adalah kes lama yang mana dua detektif bertemu kerana menerima panggilan misteri.

Seorang detektif muda wanita yang baru memulakan kerjaya dan seorang lagi detektif lelaki yang berpengalaman yang hanya ingin melindungi legasi dia. Criminal Record turut akan menyentuh isu perkauman dan juga korupsi sebuah institusi.

Capaldi berlakon sebagai ‘Detective Chief Inspector Daniel Hegarty’, Cush Jumbo sebagai ‘Detective Sergeant June Lenker,’ Laurence Olivier, Charlie Creed-Miles, Dionne Brown, Shaun Dooley, Stephen Campbell-Moore, Zoë Wanamaker, Rasaq Kukoyi, Maisie Ayres, Aysha Kala, Cathy Tyson dan juga Tom Moutchi.

Leave a Reply