Apple TV+ hari ini mengumumkan siri dokumentari 4-episod, The Enfield Poltergeist. Dokumentari ini akan menceritakan fenomena paranormal melibatkan hantu poltergeist yang popular dalam sejarah. Siri ini menggabungkan lebih 250 jam rakaman suara yang sukar ditemui, klip temubual asal bersama mangsa dan juga lakonan semula kejadian gangguan yang pernah berlaku.

Siri ini berlaku di sekitar tahun 1977 di Enfield, London yang pernah mencipta sejarah sehingga memberi impak besar kepada kanak-kanak di sana. Kejadian ini dikatakan mengubah persepsi orang ramai terhadap perkara adikodrati dan memberitahu orang ramai perkara menyeramkan ini boleh berlaku di mana sahaja tanpa kira masa.

The Enfield Poltergeist turut dikatakan menjadi inspirasi kepada filem The Conjuring 2 dan banyak lagi judul cerita seram lain. 4 episod dokumentari ini akan tiba di Apple TV+ bermula 27 Oktober akan datang.

Sohor Kini