Skip to main content

Selepas lima tahun David Tennant berlakon sebagai doktor kesepuluh beliau akan kembali menjadi doktor yang ke-14 menggantikan doktor ke-13 lakonan Jodie Whittaker untuk episod istimewa sempena menyambut ulang tahun yang ke-60.

Menariknya, doktor ke-14 versi Tennant ini akan bersemuka dengan Toymaker yang kali terakhir muncul pada tahun 1966 lakonan Michael Gough. Kali ini Toymaker dilakonkan oleh Neil Patrick Harris.

Selepas episod istimewa ini, Ncuti Gatwa akan menggantikan Tenant menjadi doktor ke-14 untuk musim baharu. Episod ulang tahun ini akan disiarkan di Disney+ untuk pasaran luar UK tetapi masih tidak diketahui akan tiba di Hotstar ataupun tidak.

Leave a Reply