Greg Daniels Dilaporkan Ingin Mengolah Semula The Office

The Officeb adalah antara sitkom kegemaran saya. Ia merupakan sketsa komedi di tempat kerja yang mana menceritakan kisah pekerja di sebuah syarikat menjual kertas dan barangan pejabat. Siri ini dihasilkan oleh Greg Daniels dengan lakonan Steve Carell, John Krasinski, Rainn Wilson dan ramai lagi.

Siri ini juga merupakan olahan semula kepada siri yang sama di UK yang dilakonkan oleh Ricjky Gervais dan Martin Freeman. Terbaru Puck News melaporkan yang selepas isu mogok selesai salah satu projek yang akan dimulakan adalah olahan semula The Office.

Mereka melaporkan yang siri ini turut akan melibatkan kembali Greg Daniels. Walau bagaimanapun buat masa ini masih tiada sebarang butiran mengenai senarai pelakon, jalan cerita dan bila ia akan disiarkan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Puck News

Sohor Kini