Francais filem Aliens akan diteruskan pada tahun 2024 nanti dengan filem Aliens: ROMULUS yang diarahkan oleh Fede Alvarez (Don’t Breathe, Evil Dead 2023). Sebelum menantikan filem ini, sambungan kepada Aliens dan Aliens 3 akan diteruskan dalam bentuk novel.

Novel ini adalah Aliens: Bishop yang kembali menceritakan kisah Bishop iaitu watak robot AI dalam dua filem Aliens yang disebutkan tadi. Kisahnya akan diteruskan selepas Ellen Ripley (Sigourney Weaver) menamatkan riwayat robot ini, di mana penciptanya Michael Bishop menghidupkan robot ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Xenomorph.
Alasan Michael adalah untuk menggunakan data-data ini untuk perubatan kepada manusia. Misi baharu dalam novel melibatkan ahli Colonial Marines, iaitu Captain Marcel Apone ketua kepada Il Conde dan adik Master Sergeant Alexander Apone (lakonan Al Matthews dalam filem). Menyertai mereka adalah Dog Catchers iaitu komando-komando upahan oleh Weyland-Yutani.

Novel Aliens: Bishop ini ditulis oleh T. R. Napper iaitu penulis buku yang terkenal dengan 36 Streets yang mengisahkan AI yang menjadi manusia. Buku ini akan ditawarkan secara digital dan fizikal pada harga bermula sekitar RM45.