Millie Bobby Brown adalah pelakon remaja yang cukup terkenal dengan siri Stranger Things dan juga francais filem Enola Holmes. Selain bidang lakonan, Brown turut ada “menulis” novel sendiri iaitu Nineteen Steps.

Terkini, Nineteen Steps dikatakan akan diadaptasi menjadi filem kerana itu niat asal novel ini ditulis. Nineteen Steps dikatakan adalah kisah misteri perang yang berlaku ketika Perang Dunia Ke-2 yang mengambil inspirasi kisah nenek beliau sendiri, Ruth.

Buat masa ini masih tidak pasti bila filem ini akan memulakan penggambaran. Dengan isu mogok yang masih berterusan di mana penulis dan pelakon tidak dibenarkan bekerja, kita mungkin akan melihat filem ini menjadi realiti dalam masa beberapa tahun lagi.

Sumber – Comicbook

Sohor Kini