The Creator adalah filem baharu yang saya sendiri nanti-nantikan. Filem ini mengisahkan berpuluh tahun di masa hadapan apabila manusia dan AI berperang. Joshua (John David Washington) yang kehibaan kerana isteri (Gemma Chan) yang telah hilang.
Treler baharu mencadangkan AI yang disangka jahat mungkin di sebaliknya kerana seakan ada perasaan sama seperti manusia. Anda boleh tonton treler di bawah;
Filem ini akan mempertontonkan bagaimana Joshua direkrut untuk “membunuh” the Creator iaitu pencipta segala AI dan juga sejenis AI baharu (Madeleine Yuna Voyles) yang didakwa sangat bahaya kerana mempunyai kuasa untuk menghentikan perang dan berpotensi menghapuskan manusia. Mengejutkan AI ini adalah “seorang” kanak-kanak kecil sahaja.
Filem ini diarahkan oleh Gareth Edwards (Rogue One). Pelakon lain yang terlibat adalah Ken Watanabe, Sturgill Simpson dan juga Allison Janney. The Creator akan ditayangkan di Malaysia bermula 28 September tidak lama lagi.