Skip to main content

Pet Sematary filem seram yang diadaptasi daripada novel Stephen King. Ia mengisahkan seorang anak kecil yang kembali hidup selepas ditanam di sebuah tanah perkuburan untuk haiwan yang penuh misteri. Cuma yang kembali ini adalah tubuh sahaja kerana personaliti anak kecil ini menyeramkan dan mengerikan.

Filem pertama dikeluarkan pada tahun 1989, sekuel pada 1992 dan olahan semula pada 2019. Terbaru, Pet Sematary: Bloodlines akan tiba di Paramount+ sebagai prekuel pertama untuk kisah Stephen King ini. Anda boleh tonton treler di bawah;

Sinopsis rasmi filem ini adalah “Pada tahun 1969, Jud Crandall ingin tinggalkan kampung halaman Ludlow, Maine untuk mencari hala tuju baharu. Sebelum meninggalkan Ludlow, Crandall dan kawan baik bertembung dengan sesuatu yang dahsyat yang kuno telah wujud sejak Ludlow dibangunkan.”

Dalam novel Stephen King, Crandall adalah watak penting tetapi tidak pernah disampaikan dalam mana-mana filem aksi nyata setakat ini. Pet Sematary: Bloodlines hanya akan disiarkan di Paramount+ dan tidak pasti sama ada akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.

Leave a Reply