Brightburn adalah filem seram oleh James Gunn yang dihasilkan ketika beliau telah dipecat oleh Disney. Filem ini seakan mengolah kisah asal-usul Superman menjadi kisah yang lebih ngeri. Terbaru filem ini dilaporkan akan mempunyai sekuel dan kini dalam pembangunan.

Brightburn adalah hak cipta yang dimiliki oleh James Gunn bersama-sama dengan The H Collective (penerbit filem ini). The H Collective baru sahaja melancarkan studio produksi baharu H3 Entertainment yang akan mengendalikan projek sekuel Brightburn.

H3 Entertainment akan mengintegrasikan metamesta, web3 dan kecerdasan buatan ke dalam pembangunan filem. Menurut Mark Rau, selaku CEO syarikat ini mereka akan menghormati para artis dan hanya menggunakan teknologi penting untuk memastikan setiap produksi sesuatu projek lancar.

H3 Collective turut memegang hak cipta bagi francais xXx. Walaupun filem xXx 4 pernah dikhabarkan sedang dibangunkan, menurut H3 buat masa ini ia tiada sebarang kemas kini untuknya.

Akan datang mereka akan hadir dengan beberapa kandungan menarik iaitu siri TV mengenai kriptowang, adaptasi kisah klasik The Classic of the Mountains and the Seas, Shadow Song (tidak pasti apa), sebuah kisah mengenai Yahudi berhijrah ke Shanghai ketika perang dunia kedua dan file m kekeluargaan Prince of the Seas.

Sumber – Deadline

Sohor Kini