Skip to main content

Anna Kendricks adalah pelakon yang terkenal dengan francais filem Pitch Perfect. Terbaru beliau menjadi pengarah kali pertama untuk filem Woman of the Hour yang turut melibatkan diri sendiri sebagai watak utama. Selepas bidaan di TIFF 2023 (Toronto International Film Festival), Netflix memenangi hak siaran dengan nilai $11 juta.

Woman of the Hour adalah filem kisah benar mengenai seorang pelakon Cheryl Bradshaw (Anna Kendricks) yang bertemu dengan Rodney Alcala (Daniel Zovatto) di rancangan reality 1970-an The Dating Show. Alcala adalah seorang pembunuh bersiri yang dipercayai telah membunuh ramai orang.

Filem ini dikatakan akan disampaikan dengan beberapa garis masa berbeza iaitu di masa silam ketika Alcala aktif membunuh dan di masa sekarang (1970-an dalam filem). Ia turut akan menegakkan keadlian buat kaum wanita.

Selain Kendrick dan Zovatto, Nicolette Robinson, Tony Hale, Kathryn Gallagher, Kelley Jakle serta Autumn Best turut akan terlibat dalam filem ini. Buat masa ini tiada tarikh siaran lagi, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply