Skip to main content

Tahun ini, Disney menyambut ulang tahun mereka yang ke-100. Pelbagai filem dan animasi diperkenalkan, lebih banyak kolaborasi bersama jenama lain, ada banyak acara khusus untuk peminat dan pelbagai jualan istimewa.

Satu produk yang saya sendiri berminat tetapi sayang sekali tidak dapat membelinya kerana jualan yang terhad adalah Disney Legacy Animated Film Collection iaitu koleksi 100 filem animasi Disney dan Pixar dalam format Blu-Ray. Pakej jualan ini turut memberikan 100 kod untuk memuat turun versi digital, litograf filem Wish, sijil keaslian dan telinga Mickey dalam bentuk kristal dengan ukiran Disney 100.

Koleksi Blu-Ray ini turut menyertakan filem-filem animasi oleh DisneyToon Studios seperti The Junglebook 2 dan Tinker Bell. Filem-filem asli di Disney+ turut ditawarkan, filem animasi yang bukan mereka hasilkan seperti The Nightmare Before Christmas dan juga kandungan filem animasi klasik seperti Snow White and The Seven Dwarfs (1937), Pinocchio (1940), Fantasia (1940), Dumbo (1941) dan Bambi (1942) turut tersedia.

Disney Legacy Animated Film Collection dijual di Amerika Syarikat sahaja. Mereka yang berminat mungkin boleh mencari forwarder untuk bantuan membeli. Harga jualan adalah $1500 iaitu sekitar RM7000 untuk satu set.

Sumber – WhatsOnDisneyPlus

Leave a Reply