Jailer adalah filem tamil baharu yang tidak berhenti dibincangkan di Internet kerana ia adalah filem Rajinikanth. Filem ini tiba di pawagam tempatan sejak 10 Ogos lepas dan kini telah tiba di Prime Video.
Jailer mengisahkan Tiger Muthuvel Pandian seorang pegawai penjara yang bersara dan ingin menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Pandian tidak boleh bersara apabila anaknya yang seorang polis terlibat dengan ancaman jenayah ketika menyiasat kumpulan mafia yang menyeludup artis.
Filem ini turut dilaporkan menerima kutipan yang memberangsangkan iaitu mencapai lebih RM 337,860,000 selepas sebulan tayangan di seluruh dunia. Selain Rajinikanth, Ramya Krishnan dan Vinayakan turut terlibat dengan filem ini. Mereka yang berminat dengan filem aksi ganas mengarut Tami, saksikan Jailer di Prime Video sekarang.