Harley-Davidson baru-baru ini telah menandatangani perjanjian bersama Creative Artists Agency (CAA) untuk peluang menghasilkan kandungan hiburan tersendiri. Kini nama Harley-Davidson yang terkenal sebagai jenama pengeluar motosikal besar ini boleh hadir dengan muzik, filem, siri TV, podsiar dan kandungan lain-lain berdasarkan nama mereka.

Menurut Jochen Zeitz, CEO dan naib pengerusi Harley-Davidson – kerjasama dengan CAA ini membolehkan mereka yang dalam kultus permotoran berminat dengan kandungan berkaitan motor yang bakal ditawarkan. Kerjasama ini adalah sempena ulang tahun ke-120 Harley-Davidson.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah kandungan yang bakal dihasilkan. Mungkin filem seakan Ferarri yang tular baru-baru ini dengan lakonan Adam Driver sebagai Enzo Ferarri.

Sumber – Variety

Sohor Kini