Gen V adalah siri sampingan kepada The Boys, iaitu siri adiwira yang ganas dan ngeri. Gen V akan memfokuskan kepada sekumpulan remaja dengan kuasa luar biasa di Godolkin University sebuah universiti di bawah Vought. Setiap pelajar ini ada yang ingin dapatkan tajaan menjadi wira, ada yang masih ingin belajar kawal kuasa dan ada juga yang kejam yang membawa kepada pembunuhan bersiri.
Gen V akan berlaku dalam dunia sama The Boys, beberapa watak The Boys turut akan muncul dan siri ini akan menjadi persediaan kepada musim baharu The Boys nanti.
Treler baharu Gen V baru sahaja dikongsi. Dalam treler kita boleh lihat yang satu demi satu pelajar direkrut untuk terlibat dengan satu projek. Mengejutkan salah seorang pelajar besar kemungkinan berkait rapat dengan antagonis utama yang membawa ancaman kepada kumpulan pelajar ini.
Pelbagai aksi ganas dan ngeri dapat diperlihatkan. Gen V akan tiba secara eksklusif di Prime Video bermula 29 September nanti.


