Anda suka jualan Black Friday? Jualan di mana barangan gaming, gajet, permainan video dan banyak lagi boleh dibeli pada harga diskaun tidak masuk akal. Saya akui, ini adalah jualan kegemaran saya dan jarang tertinggal.
Sony Pictures baru-baru ini mengumumkan ketibaan filem seram baharu berjudul Black Friday yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 November 2023. Berikut adalah sinopsis rasmi filem ini;
“Selepas rusuhan Black Friday berakhir dengan tragedi, seorang pembunuh misteri yang mengambil Hari Kesyukuran sebagai inspirasi menakut-nakutkan penduduk Plymouth, Massachusetts – tempat kelahiran perayaan itu.”

Filem ini ditulis oleh Eli Roth (Inglourious Basterds) dan Jeff Rendell (Cabin Fever), diterbit oleh mereka bersama Roger Birnbaum dengan Gary Barber, Peter Oillataguerre, Greg Dennyand dan Kate Harrison sebagai penerbit eksekutif. Bintang yang terlibat adalah Patrick Dempsey, Addison Rae, Milo Manheim, Jalen Brooks Thomas, Nell Verlaque, Rick Hoffman dan Gina Gershon.