Napoleon adalah filem Apple Originals yang akan ke pawagam seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Filem ini adalah kisah bersejarah mengenai asal-usul maharaja Napoleon ketika zaman Revolusi Perancis. Ia akan menceritakan bagaimana Napoleon mendapatkan kuasa ini, filem turut akan memaparkan Peperangan Napoleon, elemen politik serta lisah cinta bersama Maharani Josephine.
Terbaru, pengarah filem iaitu Ridley Scott menyatakan filem ini mempunyai suntingan pengarah. Versi di pawagam nanti adalah 2 jam 38 minit, tetapi versi satu lagi adalah 4 jam 30 minit. Suntingan pengarah akan memaparkan lebih babak Josephine termasuk kisah sebelum watak ini bertemu dengan Napoleon.

Napoleon dilakonkan oleh Joaquin Phoenix dan Josephine pula oleh Vanessa Kirby. Filem ini akan ditayangkan pada 19 September. Hanya selepas pawagam barulah filem ini akan terus ke Apple TV+ secara eksklusif pada tarikh yang akan diumumkan nanti. Versi 4 jam 30 minit tadi masih tidak pasti akan terus ke Apple TV+ atau dijadikan versi digital untuk sewaan.
Sumber – Deadline