Moving adalah K-drama baharu di Disney+ Hotstar. Di Amerika siri ini turut disiarkan di Hulu/Disney+. Variety melaporkan yang Moving telah menjadi K-Drama yang paling popular di Disney+ peringkat dunia kerana merpakan siri yang paling kerap ditonton sekarang.

K-drama ini mengisahkan sekumpulan perisik Korea Selatan yang cuba melindungi anak-anak mereka yang ada kuasa luar biasa daripada ancaman organisasi kerajaan yang kejam. Setiap individu ada kuasa ini kemudian menghilangkan diri selepas terlibat dengan misi aneh. Suatu hari pemburu mula muncul membunuh seorang demi seorang individu berkuasa dan ibu bapa mereka yang menjadi perisik kembali aktif.
Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo dan Zo In-sung adalah antara pelakon yang terlibat. Siri ini diadaptasi daripada webtoon oleh Kang Full. Moving dikatakan menjadi popular kerana jumlah jam tontonan siri ini dalam tempoh 7 hari yang dahsyat (mengecewakan Disney tidak kongsi jumlah jam sebenar). Siri ini sudah tersedia di Disney+ Hotstar dengan 11 episod dan akan tamat pada 20 September dengan siaran dua episod setiap minggu.
Sumber – Variety