Filem Dune: Part One adalah olahan semula kepada filem dengan judul sama oleh David Lynch pada 1984 dan merupakan iterasi yanf berjaya. Dune diadaptasi daripada novel Frank Herbert dengan judul yang sama. Filem ini kini sedang menantikan tayangan sekuel Dune: Part Two pada 15 Mac 2024.
Filem sekuel juga berasaskan buku pertama. Pengarah filem ini iaitu Denis Villeneuve berhasrat ingin menjadikan filem Dune sebagai trilogi. Filem kedua akan menamatkan buku pertama dan kemudian Dune: Part 3 akan berasaskan novel Dune Messiah (1969) yang memfokuskan Paul Atreides selepas 12 tahun menjadi maharaja.
Atreides dalam novel ini digelar sebagai “Muad’Dib” dan menjadi maharaja serta “messiah” kepada Fremen. Novel ini turut menjadikan Atreides sebagai hero, akan tetapi idea Villeneuve adalah menjadikan watak ini sebagai amaran kepada orang ramai.
Villeneuve turut menyatakan filem Part 3 jika diteruskan akan menjadi penutup kepada Dune kerana novel selepas Dune Messiah terlampau “esoterisme” iaitu difahami oleh segelintir pembaca sahaja.
Sumber – Deadline