Ghostrunner 2 Tiba Oktober Ini – Pra Tempahan Dibuka

505 Games dan One More Level telah mengumumkan yang Ghostrunner 2 akan dikeluarkan pada 26 Oktober 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series X, dan PC melalui Steam, Epic dan GOG.

Sesi pra-tempahan juga dibuka termasuk juga untuk edisi Brutal yang akan memberikan pemain akses lebih awal iaitu 2 hari sebelum tarikh pelancaran. Berikut adalah senarai untuk semua edisi, harga dan juga ganjaran untuk pra-tempahan;

  • Edisi Biasa – RM119 (Traditional Katana Pack)
  • Edisi Deluxe – RM149 (Traditional Katana Pack + Tambahan Barangan Kosmetik)
  • Edisi Brutal – RM179 (Seperti Deluxe Edition + Akses Awal + Pas Semusim)

Pas Semusim juga ditawarkan secara berasingan dengan harga RM59.

Sohor Kini