Apple malam tadi telah mengumumkan judul siri sampingan Godzilla mereka untuk Apple TV+ iaitu Monarch: Legacy of Monsters. Siri ini akan mempunyai 10 episod dan dibintangi oleh Kurt Russell, Wyatt Russell, Anna Sawai, Kiersey Clemons, Ren Watabe, Mari Yamamoto, Anders Holm, Joe Tippett dan juga Elisa Lasowski.
Berikut adalah sinopsis rasmi siri TV ini;
“Selepas pertempuran Godzilla dan Titans di San Francisco, dua beradik mengikuti jejak langkah bapa mereka yang bekerja di bawah organisasi rahsia yang menguruskan raksasa iaitu Monarch. Mereka kemudian bertemu dengan Lee Shaw lakonan Kurt Russell dan Wyatt Russell. Siri ini akan berlaku dari 1950 sehingga ke 50 tahun kemudian dengan Monarch diancam oleh Shaw. Siri ini akan disampaikan sepanjang tiga generasi dengan pelbagai rahsia didedahkan.”
Monarch: Legacy of Monsters dicipta oleh Chris Black (Severance, Star Trek: Enterprise) dan Matt Fraction (Hawkeye). Dua episod pertama diarahkan oleh Matt Shakman (WandaVision).
Siri ini akan berkait dengan semua filem di bawah Monsterverse termasuk Godzilla (2014), Godzilla vs. Kong (2021) dan akan datang Godzilla x Kong: The New Empire.
Buat masa ini, Apple masih tidak berkongsi sebarang tarikh siaran lagi. Sama-sama kita nantikan.