Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan pemotongan harga buat pertama kali untuk konsol PlayStation 5 bersempena dengan Hari Merdeka, di mana mereka menawarkan potongan sebanyak RM220 dengan harga baharu adalah seperti berikut;
- PlayStation 5 – RM2,279
- PlayStation 5 – Berkas Final Fantasy XVI – RM2,549

Selain konsol, mereka juga menawarkan potongan harga untuk aksesori terpilih seperti berikut;
- PULSE 3D Headset – RM419
- PULSE 3D Headset (Midnight Black) – RM419
- PULSE 3D Headset (Gray Camouflage) – RM419
Manakala bagi anda yang mencari permainan, tawaran promosi ini turut melibatkan beberapa permainan PS4 dan PS5 iaitu;
- Marvel’s Spider-Man Miles Morales (PS4) – RM169
- Marvel’s Spider-Man Miles Morales (PS5) – RM169
- God of War Ragnarok (PS5) – RM209
- Horizon Forbidden West (PS5) – RM209
- God of War (PS4) – RM39
Jualan Promosi Merdeka ini akan bermula pada 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2023. Anda boleh dapatkan harga jualan promosi ini, di mana-mana pengedar rasmi PlayStation.


