Tahun ini Netflix mula memerangi pelanggan yang berkongsi kata laluan dengan memperkenalkan langganan tambahan RM13 sebulan untuk dua slot. Strategi ini dilihat menambah lagi jumlah pelanggan mereka berbanding jangkaan yang ramai akan berhenti melanggan platform penstriman ini.
CEO Disney iaitu Bob Iger, mengesahkan yang Disney+ turut akan menghalang perkongsian kata laluan ini ketika pengumuman laporan kewangan syarikat malam tadi. Ini mungkin kerana melihat Netflix berjaya meningkatkan jumlah pelanggan mereka dan Disney+ turut inginkan perkara yang sama.
Perkara ini akan dilakukan pada tahun 2024 nanti bagi meningkatkan pendapatan syarikat. Terma dan syarat Disney+ akan dikemaskini pada penghujung tahun ini sebelum pengharaman perkongsian kata laluan akan dikuatkuasakan.
Sumber – Amanz