Tetris iaitu permainan video terkenal memadankan blok berbeza bentuk dengan warna sama. Ia diperkenalkan pada tahun 1985 dan tahukah anda proses pengenalan permainan ini kepada umum ada pelbagai konflik sehingga melibatkan isu politik serta pertukaran milik hak intelek.
Kisah perjalanan permainan ini dibangunkan dan diedarkan disampaikan dalam filem Tetris di Apple TV+ dengan lakonan Taron Egerton dan Nikita Efremov. Baru-baru ini penulis Gizmodo iaitu telah menyaman Apple atas dakwaan filem tersebut meniru perjalanan cerita buku beliau The Testris Effect.
Ackerman menyatakan yang saman ini dilakukan kerana filem tersebut menyalin tema penyampaian cerita yang sama iaitu Cold War Thriller (tema perang dingin ngeri) yang sama pada buku beliau tanpa kebenaran. Malah beberapa adegan filem turut dikatakan terus mengambil daripada buku beliau.
Beliau turut menyatakan salinan buku pernah dihantar kepada The Tetris Company, tetapi mereka menyatakan tidak berminat untuk mengadaptasi buku tersebut ke filem atau siri TV. Saman dilakukan apabila filem yang ditulis oleh Noah Pink mula keluar di Apple TV+ mempunyai persamaan dari segi tema penyampaian cerita sama pada buku.
Beliau meminta Apple membayar sekitar 6% daripada bajet filem $80 juta. Arah tuju kes ini tidak pasti akan menyebelahi pihak mana kerana di Amerika kisah bersejarah tidak dilindungi dengan mana-mana hak cipta.
Sumber – Reuters