Dikemaskini 3 Ogos, 4:50 PM – Astro sebentar tadi memaklumkan yang Tanah Kubur buat masa ini tidak akan ditawarkan kepada pelanggan Qalbox. Sebaliknya Tanah Kubur musim ke-16 akan menjadi eksklusif kepada saluran Astro Oasis sahaja buat masa ini. Bila ia akan tiba ke Qalbox, mereka tidak dapat beri sebarang jawapan lagi.


Siapa sini ingat Tanah Kubur? Bermula dengan telefilem pada tahun 2004 dengan lakonan M. Rajoli. Ia kemudian hadir dengan siri TV memfokuskan watak Tok Adi lakonan Nasir Bilal Khan. Siri ini mempunyai 15 musim dengan siaran bermula dari 2011 sehingga 2016. Siri sampingan Tok Adi kemudiannya diperkenalkan pada tahun 2018. Dua tahun lepas di Astro Citra, telefilem Tanah Kubur Peneman disiarkan.

Kini selepas 7 tahun dari musim terakhir Tanah Kubur, ia kembali dengan musim ke-16. Informasi ini didedahkan oleh Astro ketika pengumuman Qalbox boleh diakses menerusi Astro Ultra dan Ulti Box bermula 27 Julai sehingga 26 September.

Pelanggan Astro akan menerima 2 bulan langganan percuma berserta dengan langganan Muslim Pro. Sementara yang tidak melanggan Astro akan menerima 7 hari langganan percubaan. Harga langganan Qalbox adalah RM12.90 sebulan atau RM3.32 sebulan jika melanggan pelan 12 bulan.

Leave a Reply