Apple, Pixar, Adobe, Autodesk, NVIDIA bersama-sama dengan Joint Development Foundation (JDF) dan wakil Linux Foundation telah bergabung untuk Alliance for OpenUSD. AOUSD adalah untuk mencipta kandungan sinematik 3D dengan mudah menggunakan pelbagai alatan berbeza.
OpenUSD adalah Open Universal Scene Description dibangunkan oleh Pixar Animation Studios pada tahun 2016 berdasarkan kajian yang mengambil masa bertahun dan juga pengalaman Pixar dalam mencipta filem. OpenUSD dikatakan adalah sejenis teknologi prestasi tinggi untuk deskripsi adegan 3D.
Gabungan untuk Alliance for OpenUSD ini adalah dari Apple sendiri. Besar kemungkinan adalah salah satu inisiatif mereka untuk memastikan set kepala Vision Pro boleh berjaya. Apabila ada teknologi yang digunakan oleh banyak syarikat, ini akan menyumbang kepada pelbagai jenis kandungan untuk set kepala Apple nanti.
Kita mungkin akan lihat kandungan yang dibangunkan dengan AOUSD ini selepas Apple Vision Pro mula dijual. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.
Sumber – Apple