Steven Soderbergh adalah pencipta filem yang menghasilkan francais filem Ocean 11, Contagion, Logan Lucky, No Sudden Move dan banyak lagi. Soderbergh berbakat dalam menghasilkan filem pelbagai genre dan terbaru beliau hadir dengan siri TV sains fiksyen seakan Black Mirror berjudul Command Z.
Siri ini mempunyai lapan episod dan berlaku pada tahun 2053. Ia menceritakan kisah watak Michael Cera serta watak lakonan Roy Wood Jr. dan Liev Schreiber merentas masa ke tahun 2023 untuk mengubah masa hadapan dengan menghentikan sesuatu pada tahun ini. Ia dikatakan memfokuskan kepada tema jangan percaya kepada jutawan dalam penyampaian komedi satira.
Command Z hanya disiarkan di laman web Soderbergh sendiri iaiatu CommandZSeries. Siri ini bukan percuma tetapi untuk mengakses bayaran sebanyak $7.99 (~RM36.06) dikenakan dan semua bayaran akan disumbangkan kepada tabung kanak-kanak dan Pusat Kajian Anti-Rasis Boston University.