Gran Turismo adalah filem mengisahkan Jann Mardenborough yang menjadi pelumba kereta profesional memenangi kejohanan permainan video GT Academy dengan menewaskan 90 ribu pelumba lain. Filem ini adalah kerjasama dengan Sony PlayStation dan diarahkan oleh Neill Blomkamp (District 9).
Hari ini Sony Pictures Malaysia mengumumkan yang Gran Turismo akan ditayangkan di Malaysia pada 24 Ogos tidak lama lagi. Filem ini akan menyertakan David Harbour sebagai Jack Slater, Orlando Bloom sebagai Danny Moore serta Archie Madekwe yang akan berlakon sebagai Jann Mardenborough.
Berdasarkan treler yang dikongsi, filem aksi nyata Gran Turismo akan memperlihatkan pencapaian Jann Mardenborough yang dilatih oleh Jack Slater iaitu pelumba yang gagal dan juga Danny Moore eksekutif dunia sukan permotoran yang idealistik.