Jangan Makan Jika Anda Ingin Tonton Treler Saw X

Treler Saw X akhirnya dipertontonkan. Jika anda ingin tonton treler ini pastikan anda tidak makan kerana ia ngeri dan jijik. Saw X adalah filem kesepuluh dalam francais ini dan berlaku di antara Saw I dan Saw II. Treler filem ini memperlihatkan bagaimana sekumpulan doktor dan jururawat cuba menipu John Kramer dan kemudian menerima balasan iaitu terperangkap dalam perangkap kejam Jigsaw.

Filem ini mengembalikan watak John Kramer lakonan Tobin Bell. Bersama-sama beliau adalah Synnøve Macody Lund, Steven Brand, Michael Beach, Renata Vaca, Paulette Hernandez, Joshua Okamoto, Octavio Hinojosa dan Shawnee Smith yang selalu muncul dalam filem Saw turut kembali.

Filem Saw X mengisahkan Kramer yang mencari rawatan kanser di Mexico. Suatu hari Kramer mendapati sekumpulan doktor dan jururawat ini mempunyai skim penipuan yang mengambil kesempatan ke atas orang yang tidak senang. Kerana tidak puas hati dengan tindakan mereka, Kramer culik dan perangkap semua yang terlibat dalam perangkap yang kejam dan mengerikan.

Sohor Kini