Dua filem menarik 2022 akan ke HBO GO bulan Ogos ini. Pertama sekali adalah Babylon sebuah drama komedi gelap dan satu lagi filem pembunuhan bersiri Halloween Ends.
Babylon adalah filem mengisahkan Nellie LaRoy lakonan Margot Robbie dan Manny Torres lakonan Diego Calva mengenai berusaha untuk berjaya di Hollywood. Filem ini mengisahkan zaman kegelapan Hollywood, di mana semuanya bergantung kepada rasuah, dadah, jenayah dan banyak lagi perkara terlarang yang tidak disangka.
Halloween Ends adalah filem terakhir francais Halloween yang menamatkan kisah Laurie Strode lakonan Jamie Lee Curtis. Filem ini akan mempertontonkan bagaimana Michael Myres mencari pengganti dan juga bagaimana watak ini akhirnya mati selepas berkali bangkit sejak filem pertama tahun 1978.
Babylon akan mula disiarkan di HBO GO pada 5 Ogos, sementara Halloween Ends pada 12 Ogos. HBO GO boleh dilanggan pada harga RM69.90 untuk tiga bulan.