Only Murderss in the Building adalah siri TV misteri pembunuhan (whodunit) yang cukup baik. Ia merupakan siri untuk Hulu, tetapi kedua-dua musim pertama dan kedua boleh distrim di Malaysia melalui Disney+ Hotstar.

Siri ini akan memasuki musim ketiga bermula awal Ogos nanti dan hari ini treler pertama telah dikeluarkan.

Musim ini akan menyelesaikan kes kematian misteri Ben Glenroy lakonan Paul Rudd yang berlaku di episod akhir musim kedua. Charles, Oliver serta Mabel lakonan Steve Martin, Martin Short dan Selena Gomez perlu menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di Oliver’s Broadway yang lebih sukar berbanding kes di tempat tinggal mereka, Arconia.

Misi mereka adalah mencari pembunuh sebenar dan memastikan persembahan teater ini dapat dikembalikan. Pada masa yang sama, peminat-peminat mereka turut akan sekali lagi dapat menikmati podsiar ekslusif yang menarik mengenai kes pembunuhan ini.

Di Hulu, Only Murders in the Building musim ke-3 akan disiarkan pada 8 Ogos. Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan tiba ke Disney+ Hotstar. Besar kemungkinan selepas tamat siaran di Hulu sama seperti How I Met Your Father.

Sohor Kini