Google Play Games PC semakin hari semakin berkembang. Walaupun masih dalam fasa beta, Google tepat ingin cuba memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna dengan menawarkan ciri dan fungsi baharu serta menyertakan lebih banyak permua.
Terbaru di Malaysia adalah permua Cookie Run: Kingdom, Eversoul, Summoners War, Homescapes, Evony: The King’s Return, Call of Dragons dan Arknights. Eksklusif di Malaysia dan Taiwan hari ini adalah permua Free Fire MAX iaitu permua Free Fire versi grafik dan audio yang dipertingkatkan.
Google turut memaklumkan yang beberapa permua di Play Games PC mempunyai data yang diselarikan dengan peranti pengguna lain yang menggunakan akaun Google sama. Ini bermakna selesai bermain di telefon boleh sambung di PC.
Dalam laporan The Verge, wakil Google mengesahkan yang Play Games PC kini boleh dimainkan pada komputer Windows dengan spesifikasi lebih rendah iaitu 4GB RAM dan CPU dwi-teras. Akhir sekali adalah kekunci pada papan kekunci kini boleh ditetapkan mengikut permua yang dimainkan untuk pengalaman yang lebih menarik.
Sumber – Google