Apple TV baru-baru ini mengumumkan siri animasi baharu untuk penonton dewasa Strange Planet. Animasi ini diadaptasi dari novel grafik dengan judul sama dan akan mempunyai 10 episod. 3 episod pertama akan disiarkan di Apple TV+ bermula 9 Ogos akan datang.

Strange Planet adalah komedi yang disampaikan oleh makhluk asing yang mempunyai perspektif kehidupan yang berbeza dengan manusia. Ia juga berlaku di dunia asing di mana elemen utama adalah gula-gula kapas dan makhluknya berwarna biru.

Bagi tujuh episod akan disiarkan secara mingguan setiap hari Rabu sehingga 27 September. Pelakon suara yang terlibat dengan Strange Planet adalah Tunde Adebimpe, Demi Adejuyigbe, Lori Tan Chinn, Danny Pudi dan Hannah Einbinder. Siri ini dihasilkan oleh Dan Harmon individu di sebalik siri animasi Rick and Morty dan Community.

Sohor Kini