Skip to main content

Gen V iaitu siri sampingan kepada The Boys akan tiba di Prime Video pada 29 September nanti. Siri ini akan memfokuskan kepada pelajar yang terdedah kepada Compound V dan mempunyai kuasa luar biasa di sebuah universiti milik Vought.

Treler pertama bagi siri ini dipertontonkan, anda boleh saksikannya di bawah;

Siri ini dilihat memfokuskan kepada watak Marie Moreau (Jaz Sinclair) yang boleh mengawal darah. Dia ingin menjadi adiwira Vought yang disanjungi tetapi mendapati penaja-penaja untuk Vought semuanya terlibat dengan korupsi dan mula menyiasat.

Treler yang penuh dengan aksi ganas, ngeri dan penggunaan bahasa kesat ini turut memperlihatkan watak Emma Meyer (Lizze Broadway) yang boleh memanipulasikan minda manusia, Jordan (Derek Luh dan London Thor) yang boleh bertukar bentuk badan dan juga Cate Dunlap (Maddie Philips) yang boleh membaca fikiran.

Marie dilihat mula menyertai kumpulan sosial Andre Anderson (Chance Perdomo) yang mempunyai kuasa ferokinetik yang boleh menggerakkan objek dengan minda. Marie mula sedar yang kumpulan Andre ini ada niat jahat dan mula menggunakan kuasa mengawal darah untuk mempertahankan diri.

Leave a Reply