Saw X Akan Berlaku Di Antara Saw I Dan Saw II

Filem Saw X akan ditayangkan pada 27 Oktober tahun ini dan mengesahkan Tobin Bell akan kembali sebagai watak John Kramer/Jigsaw. Terbaru imej pertama filem ini telah dikongsi memperlihatkan Tobin Bell sebagai Kramer.

Bersama-sama dengannya sinopsis filem turut telah dikongsi. Saw X akan berlaku di antara Saw I (2004) dan Saw II (2005). Besar kemungkinan filem mungkin akan mempunyai kaitan dengan Saw III (2006)/Saw IV (2007) kerana dua filem ini berlaku sebelum Saw II. Malah filem Saw VI (2009) turut mungkin akan mempunyai kaitan kerana berlaku dalam Saw III.

Berikut adalah sinopsis rasmi file Saw X – “John Kramer yang sakit dan terdesak merantau ke Mexico untuk mencari alternatif cara memulihkan kanser beliau. Namun mendapati pusat pembedahan di sana hanyalah satu skim penipuan yang mengambil kesempatan kepada orang yang terdesak. Kramer kemudiannya menepatkan perangkap yang ganas dan ngeri bagi membalas dendam”.

Sumber – Comicbook.com

Sohor Kini