Selepas anime Rick and Morty Rick and Morty vs. Genocider dan Summer Meets God yang diarahkan oleh Takashi Sano menerima sambutan yang baik, Adult Swim dan Warner Bros. terus menjadikan anime ini kepada siri penuh dengan judul Rick and Morty: The Anime.
Siri ini tidak akan berkait dengan Rick and Morty sedia ada yang kini mempunyai enam musim. Rick and Morty: The Anime akan mempunyai 10 episod dan di bawah anda boleh tonton treler acah pertama;
Dalam video ini ia memperlihatkan pengembaraan Morty bersama watak gadis baharu. Selain turut memperlihatkan penglibatan watak Space Beth, Jerry, Summer, dan jeneral makhluk Gromflomite. Siri sampingan ini dikatakan adalah untuk menarik minat peminat Rick and Morty dari pelbagai negara.
Format anime ini dikatakan kekal aneh, ganas dan komedi dewasa sama seperti animasi asal. Tarikh siaran buat masa ini masih belum diumumkan lagi.